mcmc
Laporan AktivitiUncategorized

LAPORAN NOVEMBER 2024

ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI

Tarikh: 07, 12 & 27 2024
Lokasi: BILIK LATIHAN & TADIKA KAMPUNG TIAN
Peserta: Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Tadika

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu percaya dengan maklumat palsu yang disebarkan dalam media sosial. Pendedahan kesan daripada maklumat palsu dan penggunaan internet secara berhemah turut diberi kepada pelajar.

Aktiviti

Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah di mana taklimat diberi berkaitan dengan maklumat palsu. Petugas turut memberitahu kesan negatif sekiranya terlalu percaya dengan maklumat palsu yang disebarkan di maklumat media. Petugas juga memberi aktiviti kepada pelajar untuk menunjuk sejauh mana kefahaman mereka berkaitan dengan taklimat yang telah diberi.

WELLBEING

Tarikh: 22, 23 & 24 November 2024
Lokasi: Pesta Matu Sekaan
Peserta: Komuniti

Tujuan

Program ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada komuniti berkaitan dengan penjagaan kesihatan kendiri.

Aktiviti

Program ini telah dijalankan di Pesta Matu sekaan anjuran pejabat daerah matu. Dalam program ini telah memberi kesedaran kepada komuniti berkenaan penjagaan kesihatan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat.