Tarikh |
: 3, 11, 18, 19, 24, 25 NOVEMBER 2017 |
Masa |
: 8.00 pagi – 12.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet 1malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: 35 orang (TABIKA), 30 (KDB, myhealth, Dashboard) |
Tujuan
Lawatan tadika ke Pusat Internet 1Malaysia adalah bertujuan untuk memberitahu kepada kanak-kanak mengenai pengetahuan asas dalam bidang IT. Selain itu, kanak-kanak tadika juga turut diberi tunjuk ajar alat asa komputer (mouse,keyboard,skrin pc). Dengan pendedahan ini, ia membolehkan sedikit sebanyak membolehkan kanak-kanak mengetahui peralatan komputer. Kanak-kanak tabika ini juga didedahkan cara untuk mewarna online. Keadaan ini juga adalah untuk menarik minat kanak-kanak untuk berkunjung ke pusat internet 1malaysia dengan sedikit sebanyak pendedahan yang telah diberi.
Aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB), myhealth dan Dashboard turut diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai laman web yang bersuaian kepada mereka. Ia juga bertujuan untuk mengetahui setiap tahap kesihatan peserta secara harian. Peserta juga turut diberitahu mengenai adanya permainan baru dashboard iaitu ” boink ball” (game dashboard).
Aktiviti
Seramai 35 orang kanak-kanak telah berkunjung di pusat internet 1malaysia pada tarikh yang berlainan. Kanak-kanak tabika ini juga didedahkan cara untuk mewarna online berdasarkan gambar kartun yang telah diberi secara online. Daripada gambar tersebut, mereka akan memilih warna yang berseuian. Melalui pendedahan yang diberi membolehkan kanak-kanak peka dengan warna dan membolehkan mereka membezakan warna yang bersesuian untuk diletakkan pada sesuatu gambar. Selain mewarna, mereka juga turut diajar cara untuk bermain puzzle dan bermain nombor secara online.
Selain itu, aktiviti PI1M yang lain seramai 30 orang peserta yang mengikuti aktiviti bulanan PI1M pada bulan ini. Melalui aktiviti yang diadakan peserta diberitahu sedikit sebanyak mengeani laman web yang bersesuaian dan layak untuk dilawati mereka. Pserta turut didedahkan dengan tayangan video KDB untuk memberi sedikit kesedaran kepada mereka sekiranya mereka tidak berhati-hati dalam setiap tindkan yang mereka lakukan. Melalui pemeriksaan harian dilakukan, peserta dapat mengetahui tahap kesihatan mereka. Peserta juga turut didedahkan mengenai dashboad dan penyerahan hadiah kepada pemenang game dashboard “durian runtuh” turut dilaksanakan.
Foto aktiviti bagi November 2017