mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Khairunissa Binti Usop

KEUSAHAWANAN KECIL – PERNIAGAAN KUIH-MUIH

Nama

: Khairunissa Binti Usop

Umur

: 22 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Cik Kharunissa merupakan penjual kuih-muih sebagai kerja sampingan yang dilakukan beliau terutamanya pada musim persekolahan. Pada usia 22 tahun Cik Khairunissa sudah menceburi dalam bidang perniagaan bagi mengisi massa lapang beliau. Cik Khairunissa juga merupakan salah seorang pelajar PJJ AEU. Beliau mengajar di SK Bawang Tian sebagi guru fardhu ain. Untuk menambah pendapatan, beliau sekarang telah berjaya menambah pendapatan setelah mengetahui kegunaan kepelbagaian aplikasi pada masa kini.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum terdedah dalam teknologi lebih mendalam, Cik Khairunissa cuma hanya melihat kawan-kawan sahaja bermain teknologi terkini.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah terdedah dengan ICT, Cik Khairunissa boleh memohon pekerjaan secara online dengan tunjuk ajar yang diberi oleh pihak PI. Malah Cik Khairunissa kini boleh menjual barangan secara online. Keadaan ini boelh menambah pendapatan beliau selain daripada mengisi masa lapang.