mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan AktivitiUncategorized

AKTIVITI OKTOBER 2025

CYBERSECURITY, SAFE & SHILED & TINYTECHIES

Tarikh: 10, 13, 24, 11 & 18 OKTOBER 2025
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima. Manakala dalam tinytechies pula bertujuan untuk menanam minat pelajar dalam bidang teknologi, pengaturcaraan dan inovasi melalui aktiviti interaktif dan praktikal.

Aktiviti

Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah dan rendah di mana mereka diberi taklimat berkaitan dengan laman web berbahaya dan cara untuk melindungi data peribadi. Webinar ini juga turut mendedahkan cara untuk mengetahui sama ada emel telah terdedah kepada scammer.

WEBINAR Dilea

Tarikh: 04 OKTOBER 2025
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam mata pelajaran teras melalui bimbingan tambahan.Hal ini juga bertujuan mengurangkan jurang pembelajaran khususnya bagi pelajar di kawasan luar bandar yang kurang akses kepada pusat tuisyen berbayar.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras, latihan ulang kaji, bimbingan kerja rumah, kuiz interaktif, perbincangan kumpulan kecil, serta sesi motivasi ringkas untuk meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar.

WEBINAR E-KELAS

Tarikh: 21 & 23 Oktober 2025
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Tujuan eKelas dijalankan di NADI adalah untuk membantu individu meningkatkan penguasaan dalam asas usahawan dan teras melalui pembelajaran digital yang interaktif, di samping menggalakkan penggunaan teknologi kepada komuniti luar bandar.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan berdasarkan eKelas di NADI setakat ini ialah sesi pembelajaran dalam talian dalam membuat poster dengan menggunakan canva.