Tarikh |
: 07 April 2018 |
Masa |
: 8.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Aktiviti ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada peserta agar sentiasa berhati-hati dalam melayari internet. Keadaan ini adalah bagi mengelak peserta supaya tidak mudah tertipu setiap kali melayari internet. Hal ini juga bagi mengelak peserta terlibat dalam buli siber sekiranya sesuatu yang dipaparkan terutamanya dalam facebook boleh menjadikan peserta menjadi mangsa buli. Peserta diajar agar tidak terlalu mendedahkan aktiviti harian mereka di dalam laman sosial agar tidak berlaku sesuatu yang tidak baik.
Aktiviti
Aktiviti ini dihadiri 20 orang peserta di mana peserta didedahkan tayangan video KDB. Peserta juga diberi pendedahan di mana mereka digalakkan untuk melayari laman sesawang yang berguna dan bersesuaian. Peserta juga didedahkan agar sentiasa berwaspada dalam melayari internet dan mamaparkan sesuatu perkara dalam internet. Keadaan ini bagi mengelak peserta terpedaya dengan unsur yang kurang sihat dan tidak benar.
Foto aktiviti bagi April 2018