Tarikh |
: 11, 12, 13 & 15 Mei 2018 |
Masa |
: 8.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: 15 orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan kepada peserta agar peserta dapat mengetahui secara lebih peka dan bijak dalam melayari internet. Dengan aktiviti ini, ia dapat memberi kesan yang positif kepada peserta agar peserta memperolehi ilmu dalam pengetahuan internet. Peserta juga didedahkan kepada teknologi dan buli cyber agar peserta dapat berhati-hati dan peka dalam penggunaan laman sosial.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti telah diadakan kepada peserta agar peserta dapat membuat penilaian dan dapat membuat perbandingan antara kebaikan dan keburukan internet. Video pendek juga turut ditayangkan peserta agar peserta boleh mendapat sedikit pengajaran dari tayangan video tersebut. Peserta juga boleh membuat penilaian dalam menayangkan sesuatu perkara dalam dunia sosial agar dapat mengelakkan benda yang tidak diingini berlaku. Bila peserta berhati-hati, ia dapat mengelak diri peserta daripada buli cyber.