mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

AKTIVITI FEBRUARI 2026

NADI CARE (Kanser Paru-Paru Bukan Sekadar Penyakit Perokok, Taekwondo Asas Untuk Pertahanan Diri)

Tarikh: 13 & 14 Februari 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Belia, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Aktiviti ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kanser paru-paru bukan hanya berpunca daripada merokok, tetapi juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti pencemaran udara, asap rokok pasif dan faktor genetik. Ia juga bertujan meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran asas mempertahankan diri dalam kalangan peserta serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.

Aktiviti

Ceramah kesihatan, perkongsian maklumat tentang tanda awal kanser paru-paru, sesi soal jawab bersama penceramah serta edaran risalah kesedaran kepada peserta. Latihan teknik asas juga ditunjuk dalam video seperti tendangan dan tangkisan, demonstrasi pergerakan pertahanan diri, serta sesi praktikal bersama jurulatih secara berkumpulan.

KEUSAHAWANAN (Preneur, Empowher & kidventure)

Tarikh: 03, 05, 7, 10, 12, 21, 24, 26, 28 Februari 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Belia & Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini bertujuan melahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang keusahawanan melalui pendedahan awal, latihan serta bimbingan perniagaan. KidVenture memberi fokus kepada kanak-kanak melalui aktiviti simulasi jual beli dan asas pengurusan wang, EmpowHer memperkasa wanita dengan bengkel motivasi dan latihan pemasaran digital, manakala Preneur membantu melahirkan usahawan baharu melalui ceramah, pembangunan produk dan bimbingan memulakan perniagaan.

Aktiviti

Aktiviti ini melibatkan simulasi jual beli dan pengurusan wang secara asas untuk kanak-kanak, bengkel motivasi serta latihan pemasaran digital untuk wanita, serta ceramah keusahawanan, latihan pembangunan produk dan sesi bimbingan perniagaan bagi membantu peserta merancang dan memulakan perniagaan dengan lebih teratur.

E-SPORT (Kesihatan Fizikal Pemain E-Sukan & Kesihatan Mental Pemain E-Sukan)

Tarikh: 07 & 13 Februari 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan pemain e-sukan agar dapat mengekalkan prestasi, fokus dan keseimbangan gaya hidup.

Aktiviti

Tontonan video berkaitan kesihatan fizikal dan mental pemain e-sukan, diikuti sesi perbincangan ringkas serta perkongsian pandangan tentang amalan gaya hidup sihat semasa bermain.

WEBINAR Dilea

Tarikh: 08,15, 26 & 29 Januari 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Bertujuan memberi bimbingan akademik serta meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran teras bagi membantu mereka mencapai prestasi yang lebih baik dalam peperiksaan.

Aktiviti

Aktiviti ini mempunyai sesi pembelajaran secara dalam talian, penerangan topik penting mengikut silibus, latihan dan perbincangan soalan peperiksaan serta sesi soal jawab bersama tenaga pengajar.