mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JULAI 2018

KELAS E-USAHAWAN ONLINE

 

Tarikh

: 01 Julai 2018

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu

Peserta

: 15 orang

 

Tujuan

Kelas E-Usahawan Online ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta cara untuk berniaga secara online secara berkesan dan tepat dalam menarik minat pelanggan untuk membeli barang yang dijual. Keadaan ini juga bertujuan untuk melekat produk yang dijual melekat dalm minda pelanggan dengan cara asas perniagaan yang ada.

 

Aktiviti

Peserta didedahkan kepada pembelajaran secara online disamping menjawab soalan yang telah diberi berdasarkan pembelajaran yang telah diberi. Keadaan ini adalah agar peserta dapat memahami dan mendapat hasil dari pembelajaran yang telah diberi.

 

LAWATAN TADIKA

 

Tarikh

: 04 Julai 2018

Masa

: 9.30 pagi – 11.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu

Peserta

: 15 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tadika mengenai perkakasan komputer dan penggunaannya.

 

Aktiviti

Pelajar tadika didedahkan kepada peralatan komputer dan cara penggunaannya.

 

BENGKEL MEMAHAMI AL-QURAN DENGAN PANTAS & KELAS KOMPUTER

 

Tarikh

: 15, 20, 21 Julai 2018

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu

Peserta

: 20 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta cara untuk membaca al-quran dengan pantas dan berkesan. Kelas komputer turut diadakan untuk peserta dalam mempelajari asas komputer (microsoft office word, powerpoint dan excel).

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan ayat al-quran dan diajar dengan pantas dalam mempelajari ayat al-quran. Dalam aktiviti kelas komputer pula peserta telah diberi asas penggunaan komputer agar peserta memahami dan dapat menggunakan penggunaan komputer dengan baik.