BENGKEL KEUSAHAWANAN (VIDEOGRAFI)
Tarikh |
: 18 Ogos 2018 |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
Peserta |
: Remaja & Belia |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan bagi memantapkan cara usahawan dalam mempromosi barangan mereka di media sosial. keadaan ini juga bukan sekadar untuk usahawan malah turut didedahkan kepada remaja yang berminat dalam fotografi.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini remaja dan belia telah didedahkan cara mengambil foto dengan baik dan menarik. Keadaan ini adalah untuk menarik minat para pelanggan dalam membeli barangan jualan. Bagi remaja pula ia adalah untuk memberi kepuasan kepada remaja di samping menarik minat para remaja dalam aktiviti yang telah didedahkan di pusat internet.
AKTIVITI ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & PERMASALAHAN DIGITAL
Tarikh |
: 21 & 24 Ogos 2018 |
Lokasi |
: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah Dan Rendah |
Tujuan
Aktiviti KDB ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah agar sentiasa berhati-hati dalam menyebar sesuatu perkara agar tidak terjebak dalam sesuatu benda yang tidak betul dan tidak memberi faedah yang berguna. Keadaan ini juga bertujuan agar pelajar sekolah dapat membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau sebaliknya dalam menyebarkan maklumat. Peserta juga di ajar agar sentiasa membuat penyelidikan sesuatu perkara itu sebelum menyebar maklumat supaya tidak menganiaya orang lain. Ia juga adalah untuk mengelak daripada berlakunya cyber buli.
Aktiviti
Taklimat KDB ini telah didedahkan kepada peserta selain diberi tayangan video sebagai tontonan mereka. Dalam aktiviti ini, peserta telah diberi tayangan video agar jangan mudah tertipu sekiranya menerima maklumat yang tidak betul. Peserta juga telah didedahkan agar sentiasa menyiasat terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu maklumat tersebut. Seperti yang sentiasa berlaku sebelum ini, para remaja diajar agar tidak terlalu mendedahkan apa yang dibuat dan keberadaan mereka di media sosial bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.