PROGRAM 3R ( REUSE, REDUCE & RECYCLE ) & BENGKEL MAKE UP
Tarikh |
: 1 & 15 September 2018 |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
Peserta |
: Belia & Remaja |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyrakat agar bijak menggunakan barang agar tidak bertlakunya pembuangan sampah merata-rata. Ia juga bertujuan untuk memberitahu kepada peserta agar dapat menggunakan barang yang terpakai menjadi barang yang berguna contohnya daripada botol ia boleh dijadikan menjadi pasu bunga. Di sini ia juga telah melahirkan sifat inovasi dalam kalangan peserta. Dalam bengkel pula, ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta agar bijak dalam memperhiaskan diri dalam membentuk keyakinan diri dalam diri peserta.
Aktiviti
Dalam aktiviti 3R ini, Pusat Internet Kg Tian Matu telah melakukan kerjasama dalam menjayakan program ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menggunakan barang terpakai. Melalui program ini, ia telah banyak membantu peserta untuk bersikap inovasi dalam membentuk setiap barang menjadi barang yang baru untuk menjadi keperluan sendiri. Peserta telah diajar cara membuat dan menggunakan peralatan yang perlu dalam membentuk setiap produk tersebut.
GAMBAR DISINI
ADVOKASI KDB (JENAYAH SIBER & AKTIVITI)
Tarikh |
: 22 September 2018 |
Lokasi |
: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepda peserta agar sentiasa berhati-hati dan bijak dalam mengendali penggunaan internet. Hal ini adalah untuk mengelak peserta daripada terjebak kepada perkara negatif.
Aktiviti
Seramai 20 orang peserta yang menyertai aktiviti ini telah didedahkan kepada gejala jenayah siber yang ada pada masa kini. Peserta telah didedahkan akan bahayanya jenayah siber dan didedahkan agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini.
GAMBAR DISINI
HARI BERSAMA KOMUNITI
Tarikh |
: 29 & 30 September 2018 |
Lokasi |
: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: Komuniti |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan untuk komuniti dalam mengeratkan silaturrahim di antara Pusat Internet dan komuniti. Hal ini juga dapat meningkatkan bilangan ahli Pusat Internet. Keadaan ini turut memperkenalkan kepada komuniti mengenai Pusat Internet dan sekaligus memberitahu tentang kebaikan dan manfaat yang diperolehi mereka sekiranya berkunjung ke Pusat Internet.
Aktiviti
Seramai 200 lebih pengunjung yang berkunjung dalam menyertai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet. Selain itu mereka juga telah mendapat banyak manfaat yang diperolehi daripada Pusat Internet. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk komuniti dalam mengeratkan silaturrahim di antara petugas Pusat Internet dan komuniti. Keadaan ini sekaligus dapat merapatkan jurang yang di antara Pusat Internet dan masyarakat.
GAMABAR DISINI