PROGRAM MAKEUP
Tarikh |
: 7 Oktober 2018 |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
Peserta |
: Belia & Remaja |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk makeup dengan betul. Peserta memperolehi banyak kelebihan daripada program ini. Kelas ini banyak memberi pengajaran kepada peserta cara untuk makeup mengikut majlis yang dihadiri.
Aktiviti
Seramai 25 orang peserta yang mengikuti kelas make-up ini bermula pada waktu pagi dengan pendaftaran dan memperkenalkan diri mereka di antara satu sama lain. Guru make-up telah memberi tunjuk ajar kepada peserta dengan melakukan make-up dengan seorang model sebagai contoh kepada peserta untuk melakukan make-up dengan betul. Setelah aktiviti tunjuk ajar diberi, peserta telah diebri kepada beberapa kumpulan dan memilih salah seorang untuk menjadi model bagi setiap kumpulan untuk menunjukkan keberkesanan daripada tutorial yang telah diberikan terlebih dahulu tadi. Pada waktu petang pula ,peserta telah diberi praktikal berdasarkan pembahagian kumpulan yang telah dibuat. Melalui ujian praktikal yang dibuat oleh guru make-up atau lebih dikenali sebagi Usu Amat, peserta telah berjaya mempraktikkan cara make-up dengan betul dan berkesan.
KDB (JENAYAH SIBER) & AKTIVITI
Tarikh |
: 13 & 20 Oktober 2018 |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah & Menengah |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini. peserta juga turut diberi tayangan video mengenai jenayah siber yang semakin bahaya agar peserta sentiasa berhati-hati dalam duni siber ini.
Aktiviti
Seramai 20 Orang peserta yang mengikuti aktiviti ini telah didedahkan serba sedikit kesedaran mengenai jenayah siber yang sentiasa wujud di setiap penggunaan internet. Peserta telah didedahkan agar mereka sentiasa bersiap sedia dalam penggunaan internet pada masa kini agar tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak baik.
GAMBAR DISINI