mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN NOVEMBER 2018

KELAS KOMPUTER (MICROSOFT WORD, POWER POINT & EXCEL)

 

Tarikh

: 17 & 18 November 2018

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Belia & Remaja

 

Tujuan

Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta agar peserta dapat menggunakan microsoft office word dan power point dalam penggunaan harian untuk pekerjaan mereka. Ia juga bertujuan agar peserta bijak dalam pemilihan yang betul semasa membuat kerja.

 

Aktiviti

Seramai 10 orang peserta yang mengikuti program ini telah diberi tunjuk ajar dalam penggunaan microsoft office word & powerpoint. Dalam aktiviti ini, peserta telah diberi latihan dalam melatih peserta menggunakan keyboard dengan betul. Dalam hal ini, peserta juga diajar satu persatu dalam penggunaan setiap yang ada di bar dalam word daan powerpoint.

 

GAMBAR DISINI

 

KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

 

Tarikh

: 23 November 2018

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada Pelajar Sekolah Rendah mengenai penggunaan komputer dengan bijak dan betul. Ia juga bertujuan untuk memberitahu kepada peserta agar tidak terburu-buru dalam menyebar perkara yang belum pasti dengan memberi slogan “TIDAK PASTI JANGAN KONGSI”. Selepas pemberitahuan kepada peserta mengenai KDB ini, mereka telah diberi aktiviti lain bagi memberi keeronokan kepada mereka.

 

Aktiviti

Seramai 15 orang peserta yang mengikuti program ini telah diebri pendedahan kepada penggunaan komputer dengan baik dan berkesan. Peserta diberi tunjuk ajar agar mereka bijak dalam penggunaan komputer secara online agar tidak menyebar perkara yang tidak betul agar tidak memberi kesan buruk kepada orang lain. Keadaan ini juga membuatkan peserta agar sentiasa berhati-hati dalam “post” sesuatu perkara yang berkaitan dengan mereka untuk mengelak daripada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Setelah aktiviti pendedahan ini dijalankan, peserta telah diberi aktiviti lain untuk menghiburkan mereka dengan memberi latihan  seperti “searching word”. Untuk memberi keseronokan kepada mereka, peserta yang telah berjaya diberi hadiah bagi memberi semangat kepada mereka untuk snetiasa mengikuti program yang dijalankan di Pusat Internet.

 

GAMBAR DISINI

 

BENGKEL LATIHAN MOVes BAGI AHLI KOSPEN DAERAH MATU 2018

 

Tarikh

: 27 November 2018

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Belia

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta kospen cara-cara untuk key in data dengan menggunakan komputer.

 

Aktiviti

Seramai 25 Orang Peserta yang telah mengikuti program ini termasuk Doktor dari Klinik Daro dan Deresa dari setiap Klinik iaitu Klinik Matu, Sekaan Dan Daro. Dalam aktiviti ini, peserta telah didedahkan mengenai KOSPEN. Peserta juga telah didedahkan cara-cara untuk key in data dengan menggunakan komputer dengan tunjuk ajar yang telah diberi oleh Pegawai Kesihatan sendiri.

 

GAMBAR DISINI