mcmc
Makanan

MAKANAN & TEMPAT MAKAN POPULAR

MAKANAN POPULAR

 

  • SAGU TIAN @ SAGUK TIAN

 

 

Sagu tian atau lebih dikenali sebagai sagu manel merupakan salah satu makanan tradisi di Kampung Tian Matu. Sagu Tian bukan sahaja menjadi makanan tradisi masyarakat Tian Matu malahan beberapa masyarakat di sekitar Matu serta masyarakat Daro yang tidak jauh dari daerah Matu turut menjadikan sagu Tian sebagai makanan tradisi mereka. Rasanya yang unik kerana sesuai dimakan ketika waktu santai sebelah petang menyebabkan ia menjadi makanan kegemaran terutamanya komuniti warga tua di daerah ini. Sagu Tian sesuai dimakan bersama ikan bakar , kupas(udang kering) dan pelbagai makanan lain. Sesetengah orang juga gemar mecampurkan sagu tian ke dalam kari daging . Campuran kari daging dan sagu tian ini dinamakan sebagai alai. 

 

  • PAIS IKAN KELI @ PAIS KELIK

 

Ikan keli merupakan ikan air tawar yang boleh didapati di sekitar kawasan sungai Tian. Rasa ikan keli yang berlemak membuatkan ianya sesuai di jadikan pais (dimasak dalam daun). Pais ikan keli ini boleh didapati di Pasar Tani Tian yang dibuka setiap Hari Sabtu di Tapak Pasar Tani Kampung Tian.Pais ikan keli ini sangat enak rasanya jika dimakan dengan Sagu Tian yang merupakan makanan tradisi masyarakat Tian sendiri.

 

  • IKAN PUYU MASIN @ BUDO PEPUYO

 

 

Ikan puyu merupakan ikan air tawar yang boleh didapati di sekitar kawasan sungai Tian . Masyarakat Tian gemar membuat ikan puyu masin kerana  rasanya yang sedap dan berlemak. Ikan puyu masin ini boleh di beli dengan pengusaha ikan puyu masin di sekitar Kampung Tian. Ikan puyu masin sesuai dimakan bersama nasi panas atau bubur .

 

 

 

TEMPAT MAKAN POPULAR

 

  • D’SIMPANG CAFE
  • No telefon : 084-832059
  • Alamat : Kampung Sekaan Besar Matu

 

Terletak lebih kurang 3 Kilometer dari Pi1M Kg Tian Matu beralamat di Kampung Sekaan Besar Matu .Antara menu popular yang di hidangkan :

  • Mee Goreng Udang Galah
  • Nasi Udang
  • Sup Tulang
  • Chicken Chop
  • Lamb Chop