KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & AKTIVITI
Tarikh |
: 06, 07, 16, 22 & 23 April 2019 |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah & Rendah |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini didadakan adalah untuk memberitahu kepada peserta agar sentiasa berwaspada dalam penggunaan internet agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat dan mudah terpengaruh dengan kawan alam maya. Peserta juga didedahkan agar tidak menyebar maklumat yang tidak sahih untuk mengelak berlakunya sensitiviti kaum atau menjatuhkan orang lain. Dalam panduan daya etika pula, peserta di beritahu agar sentiasa beretika semasa menggunakan internet untuk mengelak buli cyber, pencemuh, penghasut dan sebagainya. Peserta juga diajar tips-tips keselamatan di internet. Dengan keadaan masa kini, peserta di ajar agar dapat mengelak berlakunya cyber buli yang melibatkan emosi sekira berlakunya perkaraa sedemikian. Dalam mengenalpasti penipuan di internet pula, peserta didedahkan agar dapat mengelak helah siber dan sentiasa berjaga-jaga.
Aktiviti
Peserta telah ditunjuk video cyber grooming bagi memberi kesedaran agar mereka sentiasa berhati-hati dalam memilih kawan agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Hal ini juga adalah bagi memberi kesedaran kepada peserta agar lebih mengetahui rakan alam maya agar dapat mengelak menjadi mangsa seksual. Peserta juga didedahkan agar bijak dalam menggunakan internet agar tidak terpedaya dengan maklumat yang tidak betul. Keadaan ini adalah untuk mengelak berlakunya perkara negatif yang dapat memberi kesan kepada orang lain. Melalui maklumat yang tidak sahih ini juga mengundang kepada spekulasi yang tidak munasabah dan memudaratkan orang lain. Peserta turut didedahkan etika dalam menggunakan komputer agar sentiasa berjaga-jaga dan mereka juga diajar cara untuk membuat kata laluan yang kukuh. Peserta turut diberitahu agar sentiasa berhati-hati dengan emel dan tawaran yang telah dihantar melalui telfon pintar mereka. Selain dari itu, peserta turut diberitahu agar mereka mengelak dari menjadi mangsa buli cyber dengan memberi tips-tips cara untuk mengelak dari pembuli siber. Peserta turut diberitahu cara untuk mengenalpasti muslihat dan penipuan siber serta cara penipuan siber mengenali mangsa. Peserta turut didedahkan kepada cara untuk mengelak dari muslihat dan penipuan siber serta apa yang mereka perlu lakukan sekiaranya mereka telah ditipu.
GAMBAR DISINI