mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN OGOS 2019

KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & AKTIVITI

Tarikh

: 03, 17 & 18 Ogos 2019

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta agar tidak terlalu mendedahkan identiti diri dalam media sosial untuk mengelak daripada berlakunya penipuan. Peserta juga diberitahu agar tidak terlalu percaya pada maklumat yang belum sahih. Peserta didedahkan kepada laman web sebenarnya.my untuk mendapat maklumat yang diperolehi boleh dipercayai ataupun sebaliknya. Seiring dengan kemajuan IT, peserta juga diberitahu apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka terdapat simptom-simptom menjadi buli siber. 

 

Aktiviti

Peserta didedahkan agar tidak terlalu mendedahkan maklumat peribadi mereka di dalam media sosial agar tidak terdedah dengan cyber grooming. Tayangan video diberi kepada peserta agar peserta mengetahui apa yang berlaku sekiranya mereka tidak berhati-hati dalam media sosial. Peserta juga didedahkan kepada maklumat palsu agar mereka tidak menyebar berita yang tidak sahih. Keadaan ini juga untuk mengelak daripada menjatuhkan agensi-agensi yang terlibat dalam berita palsu tersebut. Taklimat mengenai buli siber juga diberitahu kepada peserta agar mereka dapat mengelak daripada menjadi mangsa buli dalam media sosial. Dalam hal ini, peserta didedahkan cara untuk mengatasi sekiranya mereka menjadi mangsa buli siber.