mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN NOVEMBER 2019

KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & AKTIVITI

Tarikh

: 03, 10 & 16 November 2019

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu kepada peserta perlunya untuk bijak dalam penggunaan komputer bagi mengelak berlakunya perkara yang negatif berlaku. Dalam pengurusan risiko ini pula, peserta diajar supaya mereka bijak dalam mengawal risiko dalam talian. Hal ini bertujuan untuk mengawal serba sedikit daripada berlakunya jenayah siber atau ancaman siber. Hal ini juga bertujuan untuk peserta agar dapat mengetahui penggunaan komputer sebagai salah satu saluran penting dalam mewujudkan perkongsian maklumat.

 

Aktiviti

Aktiviti yang dihadiri seramai 25 orang ini telah didedahkan kepada kepentingan internet dalam pada masa kini. Peserta juga diberitahu agar mereka bijak dalam penggunaan internet agar dapat mengelak diri daripada risiko internet. Peserta juga diajar agar tidak terpedaya dengan gejala yang negatif agar tidak terjebak dalam penipuan siber semasa melayari internet. Mereka juga diajar agar mereka bijak dalam penggunaan internet terutamanya dalam pencarian, perkongsian dan analisis maklumat. 

 

Dashboard Komuniti

Tarikh

: 22 November 2019

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Dewasa & Belia

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai Dashboard Komuniti dan mendedahkan kepada mereka kegunaan dashboard ini sebagai salah satu platfrom untuk mereka menjual perniagaan mereka terutamanya untuk usahawan iaitu di dalam Myshop.

 

Aktiviti

Aktiviti yang disertai 15 orang peserta ini telah didedahkan agar mereka mengetahui kegunaan dashboard komuniti sebagai salah satu tempat untuk mereka menyebar sesuatu berita, membuat aduan dan menjual barang perniagaan mereka. Hal ini juga bagi memperkenalkan kegunaan setiap yang ada dalam dashboard komuniti sebagai platform untuk kegunaan harian mereka.

 

Program Lestari ICT & CAKNA Kesihatan

Tarikh

: 23 November 2019

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Komuniti

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan Petugas PI bersama komuniti. Dengan pelbagai aktiviti yang diadakan membolehkan hubungan di antara petugas dan komuniti bertambah erat di samping dapat memperkenalkan serba sedikit berkenaan pusat internet kepada komuniti.

 

Aktiviti

Program ini yang disertai oleh komuniti ini telah dijalankan dengan pelbagai aktiviti bersama komuniti. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan bagi memeriahkan program ini disamping untuk pemeriksaan kesihatan turut dilakukan untuk komuniti dalam memeriksa kesihatan harian mereka. Keadaan ini adalah untuk mengetahui tahap kesihatan komuniti di samping dapat memeriahkan mereka dengan aktiviti yang dianjurkan.

 

Kelas Asas Komputer (Microsoft word, powerpoint & Excel)

Tarikh

: 30 November & 1 disember 2019

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Dewasa

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pembelajaran kepada komuniti mengenai kegunaan microsoft office. Peserta turut didedahkan agar mereka dapat menegtahui setiap fungsi dan kegunaan setiap “button” yang ada di dalam microsoft word, powerpoint & excel.

 

Aktiviti

Kelas yangdihadiri 10 orang peserta ini telah diajar cara penggunaan dalam setiap microsoft wors, powerpoint dan excel ini sambil diberi latihan pengukuhan untuk menilai sejauh mana mereka memahami cara penggunaan setiap simbol yang ada dalam microsoft tersebut.