KEUSAHAWANAN KECIL – PERNIAGAAN MAKANAN KERING DAN BERPANGGANG
Nama |
: Zulaika Binti Ali |
Umur |
: 29 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Puan Zulaika merupakan anak ke-4 daripada 6 orang adik-beradik dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Puan Zulaika mula bergiat dalam bidang perniagaan kecil-kecilan seperi membuat “Kupas Sesar” di dalam kampung sahaja. Semenjak mengetahui perniagaan online semakin meluas beliau mula berjinak dalam menjual hasil panggang beliau dengan menjual melalui facebook.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Puan Zulaika hanya menjual dalam kampung sahaja. Pelanggan mengenali hasil jualan beliau dari mulut ke mulut. Puan Zulaika hanya menggunakan facebook sebagai paltform untuk hiburan sahaja.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas penglibatan di Pusat Internet, Puan Zulaika menjadikan facebook sebagai paltform utama beliau untuk menjual barang dagangannya atau dalam memperkenalkan jualan baru. Beliau juga mudah untuk mendapat temapahan dari pelanggan melalui facebook. Semenjak bergiat dalam bisnes online, banyak pelanggan yang mengetahui apa yang dijual oleh Puan Zulaika.