mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN NOVEMBER 2020

ADVOKASI KDB & AKTIVITI

Tarikh

: 10, 21, 22, 27, 28 & 29 November 2020

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Belia, Pelajar Sekolah Menengah & Rendah

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memastikan peserta tidak terlibat dalam penyebaran maklumat palsu dan menyebar maklumat tersebut tanpa bukti yang sahih. Aktiviti ini juga diadakan bagi memberi tunjuk ajar kepada peserta agar dapat mengelak diri mereka daripada menjadi mangsa buli dan perkara yang patut dilakukan sekiranya menjadi mangsa buli.

 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan peserta 10 orang. Peserta ini telah diberi pendedahan mengenai maklumat palsu dan akibat yang berlaku kepada diri, masyarakat dan sesebuah organisasi sekiranya penyebaran maklumat palsu tanpa bukti yang sahih. Peserta ini juga diberitahu apa yang berlaku sekiranya mereka menjadi mangsa buli untuk mengelak perkara yang diingini berlaku. Selepas aktiviti dijalankan, petugas memberi aktiviti berupa latihan kepada peserta seperti kahoot bagi menilai sejauh mana kefahaman mereka dalam taklimat yang telah diberi.