mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN DISEMBER 2020

ADVOKASI KDB & AKTIVITI

Tarikh

: 01, 02, 03, 06 & 07 Disember 2020

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Belia, Pelajar Sekolah Menengah & Rendah

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan dimana ia memberi kesedaran kepada komuniti supaya tidak mudah untuk mempercayai maklumat palsu yang belum tentu kesahihannnya. Peserta juga diberi pendedahan agar menyemak di portal sebenarnya.my untuk mengetahui sesuatu berita tersebut ataupun palsu. Peserta juga diberi pendedahan dalam cybergrooming dan buli siebr agar menjadi pengguna internet yang bijak dalam melayari internet.

 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan agar dapat memberi kesedaran dimana komuniti atau peserta diberi kesedaran bahayanya maklumat palsu dan kesan kepada diri, masyarakat dan sesebuah organisasi. Komuniti juga diberi taklimat agar tidak menyebar maklumat palsu yang belum tentu kesahihannya dan agar menyemak maklumat tersebut terlebih dahulu di sebenarnya.my. Komuniti diberi pendedahan agar tidak mudah mempercayai maklumat yang diterima. Peserta juga turut didedahkan agar tidak menjadi mangsa cyber grooming dan siber buli.