mcmc
Maklumat Am

MAKLUMAT AM – Bermukun

BERTANDAK/BERGENDANG/BERMUKUN

Bertandak / bergendang / bermukun merupakan satu tradisi masyarakat melayu dan melanau. Akan tetapi bermukun ini juga terkenal dalam masyarakat melanau tian matu. Dalam majlis bermukun ini akan ada ‘seh gendang’ di mana mereka akan berbalas pantun dengan individu yang ‘bertandak’. Budaya bermukun atau bertandak ini sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat penduduk setempat khasnya penduduk kampung tian matu.

Tradisi ini dimainkan atau dilakukan terutama dalam majlis perkahwinan (malam sebelum majlis) atau dalam aktiviti-aktiviti keramaian. Bermukun ini telah menjadi tradisi turun-temurun sejak zaman dahulu hingga kini. Budaya ini merupakan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat melanau untuk bersuka ria dalam keadaan terang di khalayak ramai.