mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI 2023

ADVOKASI KDB & AKTIVITI

Tarikh

: 09, 20, 21, 28 & 29 Januari 2023

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kg Tian

Peserta

: Komuniti

 

Tujuan

Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet. 

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi.

 

KELAS KEUSAHAWANAN

Tarikh

: 15 Januari 2023

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kg Tian

Peserta

: Komuniti

 

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi maklumat kepada belia terutamanya usahawan dalam cara untuk memasarkan produk mereka dengan menggunakan platform yang sedia ada selain daripada berjual secara online. 

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat dalam maklumat mengenai penjualan secara atas talian dengan menggunakan platform facebook sebagai penggunaan utama dalam penjualan barang milik usahawan yang telah diberi latihan. Peserta juga diberi taklimat bagaimana untuk berjual secara berdepan dengan pelanggan dengan memberitahu cara untuk menarik pelanggan untuk melanggan kedai mereka dengan mempelbagaikan produk jualan.