mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JUN 2024

ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI

Tarikh

: 07, 11, 17, 22 & 30 Jun 2024

Lokasi

: FB PAGE & BILIK LATIHAN

Peserta

: Komuniti & Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada komuniti dengan memberi sebaran melalui paparan dalam FB Page. Selain itu, Kesedaran dalam dunia internet ini juga didedahkan kepada pelajar sekolah menengah di NADi KPG TIAN dengan memberi tayangan video taklimat sedikit mengenai Maklumat Plasu, Cyber Grooming Oversharing dan Buli Siber. Hal ini juga bertujuan untuk sentiasa memberi kesedaran kepada komuniti setempat dan pelajar sekolah rendah dan menengah agar tidak menjadi mangsa dalam penggunaan internet. Keadaan ini adalah pemberitahuan kepada pelajar agar sentiasa berhemah dalam penggunaan internet dan menggunakan dengan sebaiknya.

 

Aktiviti

Aktiviti ini yang telah dijalankan di dalam NADI KPG TIAN bersama dengan pelajar sekolah rendah dan menengah dengan memberi taklimat dan tayangan video mengenai kesedaran dalam dunia siber. Peserta ini juga turut diberi latihan berkenaan KDB yang telah dipelajari pada hari tersebut untuk menunjuk sejauh mana yang telah difahami berdasarkan taklimat atau tayangan video yang telah diberikan. Peserta diberi aktiviti dalam kahoot dan quiziz dan menjawab soalan yang telah diberikan berdasarkan video atau taklimat yang telah diberikan.

 

AKTIVITI STEM

Tarikh

: 05 & 21 Jun 2024

Lokasi

: Bilik latihan

Peserta

: Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Aktiviti stem ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada peserta dalam kemahiran matematik dan sains selain mendorong mereka untuk berfikiran kreatif berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan.

 

Aktiviti

Aktiviti ini yang telah dijalankan di dalam NADI KPG TIAN bersama dengan pelajar sekolah rendah dan menengah dengan memberi taklimat berkaitan stem. Untuk menunjukkan kemahiran mereka, petugas telah memberi peserta latihan untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan stem seperti menajwab soalan dalam matematik dan kemahiran mereka dalam pengetahuan berkaitan dengan stem seperti yang telah diberikan.

 

KELAS KEUSAHAWANAN (USAHAWAN CILIK)

Tarikh

: 28 Jun 2024

Lokasi

: BILIK LATIHAN

Peserta

: Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah menengah untuk menjadi usahawan berkenaan perniagaan secara online. Hal ini dapat memberi sedikit sebanyak kepada mereka ciri-ciri menjadi usahawan berjaya.

 

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan petugas memberi taklimat dengan memberi tayangan video berkaitan ciri-ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya.