mcmc
Produk Tempatan

PRODUK TEMPATAN – Kupas / Udang Kering

Kupas

Kupas / udang kering merupakan salah satu makanan tradisi penduduk kampung tian di mana ia boleh dimakan dengan sagu ataupun boleh menjadi kudap-kudap. Hal ini kerana,rasa kupas yang manis ini menjadikan ia boleh dimakan begitu saja. Penghasilan kupas ini telah dihasilkan dengan menggunakan udang segar yang baru diambil dari nelayan.

Penghasilan kupas / udang kering ini sangat popular dalam kalangan penduduk kg tian terutamanya penduduk yang berada di pesisir pantai seperti perkampungan di pulau bruit, betanak dan sebagainya.

Pada musim udang ini, ia sangat popular dalam penghasilan kupas ini malah ia merupakan makanan penting untuk penduduk. Kupas ini boleh disimpan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Bagi penduduk kg tian, kupas ini hanya dilakukan bila tiba musim udang. Kupas ini juga digunakan sebagai bahan untuk memasak seperti memasak sayur dan dalam membuat sambal.

Kupas ini dijual oleh penduduk kg tian kepada penduduk lain bagi menambah pendapatan. Untuk 1 kg, kupas dijual dalam rm80.00. Harga ini juga bergantung kepada keadaan ekonomi semasa bagi mereka untuk menetapkan harga kupas tersebut.