mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Abdul Rashid Bin Iskandar

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama

: Abdul Rashid Bin Iskandar

Umur

: 14 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar Belakang

Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Rashid merupakan seorang murid tingkatan 2 yang berasal Kampung Tian Matu dan bersekolah di SMK Matu.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dalam PI1M, Rashid hanya melakukan aktiviti sendirian di rumah. Rashid juga tidak mudah bergaul dengan orang lain dan kawan-kawannya dan hanya belajar bersendirian di rumah. Secara amnya, Rashid kurang untuk mengambil tahu mengenai internet dan komputer sebelum wujudnya Pi1M. Rashid turut mengaku bahawa dia merupakan seoarng yang buta IT. Namun kawan-kawannya sering mnegajak Rashid untuk berkunjung ke PI1M.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Selepas terlibat dalam PI1M, Rashid banyak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M. Semenjak Rashid menjejak ke PI1M, banyak perkara yang dapat dipelajari oleh Rashid terutamanya dalam membuka akaun google dan akaun facebook. Rashid banyak membiasakan diri setelah mengetahui aplikasi google dan youtube. Selain itu, Rashid turut menghadiri kelas ICT (microsoft word, excel & powerpoint) yang dianjurkan oleh PI1M. Disini telah banyak membuka minda Rashid untuk mengetahui kepenggunaan internet pada masa kini dan Rashid mula berjinak untuk bergaul bersama orang lain. Rashid turut mula menyedari bahawa laman sesawang seperti facebook dapat mengeratkan lagi hubungannya dikalangan rakan-rakannya. Melalui kelas ICT yang dihadiri banyak membantu Rashid dalam menyiapkan kerja kursus yang diberi oleh cikgu dimana sebelum ini banyak dibantu oleh kakaknya.