ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI
Tarikh | : 12, 19, 20, 21 & 26 April 2025 |
Lokasi | : BILIK LATIHAN |
Peserta | : Komuniti, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima.
Aktiviti
Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah di mana mereka taklimat berkaitan dengan maklumat palsu. Petugas turut memberitahu kesan negatif maklumat palsu kepada masyarakat. Kuiz kahoot turut diberi kepada peserta untuk menunjuk tahap kefahaman mereka berkaitan dengan taklimat yang telah diberi.
KELAS MAHIR MASAK & BAIKI GADGET
Tarikh | : 7,10,11,12,13,14,17,18,19,20,21,24,25,26, 27 & 28 April 2025 |
Lokasi | : Bilik latihan |
Peserta | : Belia |
Tujuan
Program mahir ini diwujudkan bagi menggalakkan komuniti untuk berkunjung ke NADI dengan memberi 5 mahir yang boleh dipilih oleh komuniti mengikut minat masing-masing. Sebanyak 3 mahir daripada 5 mahir telah diambil oleh belia di NADI Kampung Tian iaitu mahir masak, mahir baiki gadget & mahir jahit. Setakat ini hanya ada kelas untuk mahir masak & mahir baiki gadget sahaja yang telah bermula pada disember tahun lepas.
Aktiviti
Program mahir pada minggu ini telah dijalankan dengan mahir masak dan mahir baiki gajet seperti biasa. Untuk minggu ketiga bagi mahir masak kelas digabungkan dan dijalankan selama 2 jam dan pelajar telah mempelajari cara membuat roti.
NADI x KOMUNITI MADANI
Tarikh | : 10 & 15 April 2025 |
Lokasi | : Kuala Matu & Tadika Kampung Tian |
Peserta | : Belia, Komuniti Madani Tian, Jemoreng & Kuala Matu |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan kerjasama bersama NADI, Jabatan Penerangan Daerah Matu (JAPEN) dan Komuniti Madani Matu dan Kuala Matu kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan komuniti berkaitan dengan awareness dalam melayari internet di smaping membuat saringan kesihatan.
Aktiviti
Aktiviti pada bulan ini, petugas NADI Kampung Tian dan Kuala Matu membuat saringan kesihatan di samping memberi awareness dalam melayari internet. Dalam pendedahan ini Para ibu bapa disaran untuk sentiasa memantau aktiviti sosial anak-anak agar tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat semasa melayari internet.
E-SPORTS
Tarikh | : 19 April 2025 |
Lokasi | : NADI Kampung Tian |
Peserta | : Remaja |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan bagi membangunkan bakat muda dalam bidang e-sukan secara profesional di samping menerapkan kemahiran digital dan teknikal yang relevan dalam industri moden.
Aktiviti
Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan bagi setiap NADI dengan 9 buah NADI dalam satu kumpulan.
WEBINAR BERKALA SEJARAH
Tarikh | : 12 April 2025 |
Lokasi | : NADI KAMPUNG TIAN |
Peserta | : PELAJAR TINGKATAN 4 & 5 |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan di DiLEA dimana pelajar tingkatan 4 & 5 dibimbing oleh cikgu yang bertauliah dalam memberi pelajaran tambahan dalam mata pelajaran sejarah.
Aktiviti
Dalam webinar ini cikgu yang dilantik akan memberi perkongsian sejarah tempatan berdasarkan silibus yang telah diajar disekolah.