mcmc
Laporan Aktiviti

AKTIVITI FEBRUARI 2025

ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI

Tarikh: 02, 17, 18 Februari 2025
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Komuniti, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima.

Aktiviti

Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah di mana mereka taklimat berkaitan dengan maklumat palsu. Petugas turut memberitahu kesan negatif maklumat palsu kepada masyarakat. Kuiz kahoot turut diberi kepada peserta untuk menunjuk tahap kefahaman mereka berkaitan dengan taklimat yang telah diberi.

KELAS MAHIR MASAK & BAIKI GADGET

Tarikh: 3,6,7,8,9,10,13,14,15,16,17,20,21,22,23,24,27 & 28 Februari 2025
Lokasi: Bilik latihan
Peserta: Belia

Tujuan

Program mahir ini diwujudkan bagi menggalakkan komuniti untuk berkunjung ke NADI dengan memberi 5 mahir yang boleh dipilih oleh komuniti mengikut minat masing-masing. Sebanyak 3 mahir daripada 5 mahir telah diambil oleh belia di NADI Kampung Tian iaitu mahir masak, mahir baiki gadget & mahir jahit. Setakat ini hanya ada kelas untuk mahir masak & mahir baiki gadget sahaja yang telah bermula pada disember tahun lepas.

Aktiviti

Program mahir pada minggu ini telah dijalankan dengan mahir masak dan mahir baiki gajet seperti biasa. Untuk minggu ketiga bagi mahir masak kelas digabungkan dan dijalankan selama 2 jam dan pelajar telah mempelajari cara membuat roti.

NADI x KOMUNITI MADANI

Tarikh: 15 Februari 2025
Lokasi: Bilik latihan
Peserta: Belia

Tujuan

Aktiviti ini diadakan kerjasama bersama NADI, Jabatan Penerangan Daerah Matu (JAPEN) dan Komuniti Madani Matu yang bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti madani matu aktiviti yang telah dijalankan di NADI.

Aktiviti

Aktiviti pada bulan ini, petugas NADI Kampung Tian menerangkan 5 pillar yang ada di NADI bagi memberi pendedahan kepada komuniti Madani yang kemungkinan mereka akan berminat untuk menyertai yang ada dalam 5 pillar tersebut terutama dalam program mahir, usahawan dan juga berkenaan saringan kesihatan.

GAMBAR AKTIVITI DISINI