mcmc
Laporan Aktiviti

AKTIVITI JANUARI 2025

ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI

Tarikh: 03, 17, 24 JANUARI 2025
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Komuniti, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima.

Aktiviti

Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah di mana mereka taklimat berkaitan dengan maklumat palsu. Petugas turut memberitahu kesan negatif maklumat palsu kepada masyarakat. Kuiz kahoot turut diberi kepada peserta untuk menunjuk tahap kefahaman mereka berkaitan dengan taklimat yang telah diberi.

KELAS MAHIR MASAK & BAIKI GADGET

Tarikh: 7,9,12,14,16,18,19,21,23,25,26 & 28 Januari 2025
Lokasi: Bilik latihan
Peserta: Belia

Tujuan

Program mahir ini diwujudkan bagi menggalakkan komuniti untuk berkunjung ke NADI dengan memberi 5 mahir yang boleh dipilih oleh komuniti mengikut minat masing-masing. Sebanyak 3 mahir daripada 5 mahir telah diambil oleh belia di NADI Kampung Tian iaitu mahir masak, mahir baiki gadget & mahir jahit. Setakat ini hanya ada kelas untuk mahir masak & mahir baiki gadget sahaja yang telah bermula pada disember tahun lepas.

Aktiviti

Program mahir pada minggu ini telah dijalankan dengan mahir masak dan mahir baiki gajet seperti biasa. Untuk minggu ketiga bagi mahir masak kelas digabungkan dan dijalankan selama 2 jam dan pelajar telah mempelajari cara membuat roti.

GAMBAR AKTIVITI DISINI