NADI CARE
| Tarikh | : 02, 08 & 09 Januari 2026 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Belia, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan fizikal dan mental, keselamatan diri, serta sokongan sosial melalui aktiviti seperti ceramah kesihatan, kesedaran emosi, gaya hidup sihat dan bantuan komuniti, bagi membentuk masyarakat yang sejahtera dan berdaya tahan.
Aktiviti
Aktiviti NADI CARE yang telah diadakan berjaya memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan kesejahteraan kendiri, kesihatan fizikal dan mental serta amalan gaya hidup sihat. Melalui aktiviti ini, peserta memperoleh pengetahuan asas dan kesedaran untuk menjaga diri, meningkatkan kualiti hidup serta mengukuhkan sokongan sosial dalam komuniti setempat.
KEUSAHAWANAN (Preneur, Empowher & kidventure)
| Tarikh | : 10, 11, 13, 15, 22, 24, 27, 29 & 31 Januari 2026 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Belia & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Program Preneur, EmpowHER dan KidVenture yang telah diadakan di NADI bertujuan untuk memperkasa komuniti melalui pembangunan keusahawanan, pemerkasaan wanita dan pembentukan potensi kanak-kanak sejak usia awal. Program Preneur memberi pendedahan kepada asas keusahawanan dan kemahiran menjana pendapatan, EmpowHER memfokuskan kepada peningkatan keyakinan, kemahiran dan keupayaan wanita dalam aspek ekonomi serta kendiri, manakala KidVenture bertujuan merangsang kreativiti, kemahiran berfikir dan pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan kanak-kanak bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dan berkeyakinan.
Aktiviti
Aktiviti Preneur, EmpowHER dan KidVenture yang dilaksanakan di NADI merangkumi sesi taklimat, bengkel interaktif dan aktiviti praktikal. Program Preneur melibatkan pendedahan asas perniagaan dan idea keusahawanan, EmpowHER diisi dengan aktiviti pembangunan kendiri, kemahiran dan motivasi wanita, manakala KidVenture dijalankan melalui aktiviti kreatif, permainan berunsur pembelajaran dan latihan asas yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.
E-SPORT (PENGENALAN E-SUKAN: DARIPADA HOBI KEPADA PROGRAM KOMPETITIF BERSTRUKTUR & ETIKA & SIKAP PEMAIN E-SUKAN)
| Tarikh | : 09 & 16 Januari 2026 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
bertujuan memberi pendedahan positif terhadap dunia permainan digital secara berhemah, membangunkan kemahiran strategik, kerja berpasukan dan disiplin dalam kalangan peserta serta membuka peluang laluan kerjaya dalam industri e-sukan.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan merangkumi sesi pengenalan e-sukan, pertandingan persahabatan, latihan asas permainan, serta penerapan nilai etika, pengurusan masa dan semangat kesukanan bagi melahirkan pemain yang berdaya saing dan bertanggungjawab.
WEBINAR Dilea
| Tarikh | : 08,15, 26 & 29 Januari 2026 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan kemahiran digital dan literasi media peserta, memupuk kesedaran tentang keselamatan siber serta penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan termasuk bengkel interaktif, sesi latihan penggunaan aplikasi digital, pembelajaran tentang keselamatan internet, serta latihan praktikal yang membantu peserta menguasai kemahiran teknologi dan memanfaatkan media digital dengan bijak.