mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

AKTIVITI JULAI 2025

CYBERSECURITY & TINYTECHIES

Tarikh: 10, 12, 20 & 24 Julai 2025
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Komuniti, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima. Manakala dalam tinytechies pula bertujuan untuk menanam minat pelajar dalam bidang teknologi, pengaturcaraan dan inovasi melalui aktiviti interaktif dan praktikal.

Aktiviti

Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah dan rendah di mana mereka diberi taklimat berkaitan dengan laman web berbahaya dan cara untuk melindungi data peribadi. Webinar ini juga turut mendedahkan cara untuk mengetahui sama ada emel telah terdedah kepada scammer.

WEBINAR WELLBEING

Tarikh: 11 Julai 2025
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Komuniti, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dalam kesihatan kendiri dengan mengikuti webinar yang dijalankan.

Aktiviti

Webinar ini dilakukan untuk meningkat kesedaran dan pengetahuan kepada komuniti setempat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental, fizikal dan emosi. Selain itu, webinar ini juga dapat memberi sokongan psikososial dengan menjadi medium sokongan kepada peserta dengan menyediakan ruang perkongsian pengalaman, cabaran dan penyelesaian berkaitan kesejahteraan diri. Webinar ini turut mendidik gaya hidup sihat dengan memberi panduan dan teknik praktikal untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti pengurusan stres, pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal.

WEBINAR NADI NURTURE E-KELAS USAHAWAN

Tarikh: 14, 15, 16, 17 Julai 2025
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Komuniti

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memberi peluang kepada komuniti setempat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT melalui pembelajaran secara maya. Ia juga dapat menjadi platform sokongan pembelajaran tambahan kepada pelajar sekolah, terutama di kawasan luar bandar. Di samping dapat memupuk minat masyarakat untuk terus belajar dan mengikuti perkembangan teknologi terkini.

Aktiviti

Webinar ini dijalankan secara dalam talian menggunakan platform webinar, di mana peserta akan mengikuti sesi pembelajaran yang dikendalikan oleh tenaga pengajar bertauliah di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan secara percuma.

GAMBAR DISINI