ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI
| Tarikh | : 05, 13, & 20 Jun 2025 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Komuniti, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima.
Aktiviti
Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah dan rendah di mana mereka diberi taklimat berkaitan dengan laman web berbahaya dan cara untuk melindungi data peribadi. Webinar ini juga turut mendedahkan cara untuk mengetahui sama ada emel telah terdedah kepada scammer atau belum melalui “haveibenpwned.com” .
KELAS MAHIR JAHIT
| Tarikh | : 06, 09, 13, 16, 20 Jun 2025 |
| Lokasi | : Bilik latihan |
| Peserta | : Belia |
Tujuan
Program mahir ini diwujudkan bagi menggalakkan komuniti untuk berkunjung ke NADI dengan memberi 5 mahir yang boleh dipilih oleh komuniti mengikut minat masing-masing. Sebanyak 3 mahir daripada 5 mahir telah diambil oleh belia di NADI Kampung Tian iaitu mahir masak, mahir baiki gadget & mahir jahit. Setakat ini hanya ada kelas untuk mahir masak & mahir baiki gadget sahaja yang telah bermula pada disember tahun lepas.
Aktiviti
Program mahir pada minggu ini telah dijalankan dengan mahir jahit seperti biasa. Pada bulan ini kelas dijalankan pada minggu kedua selepas cuti gawai dayak dan aidiladha dan kelas juga telah dijalankan selama 2 jam.
NADI x KOMUNITI MADANI
| Tarikh | : 18 Jun 2025 |
| Lokasi | : NADI Kampung Tian |
| Peserta | : Komuniti Madani Tian, Jemoreng |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan kerjasama bersama NADI, Jabatan Penerangan Daerah Matu (JAPEN) dan daro bersama Komuniti Madani Matu, Jemoreng, Kuala Matu, Daro & Semop kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan komuniti berkaitan dengan AI.
Aktiviti
Aktiviti pada bulan ini, 4 buah NADI bergabung dan bekerjasama dalam menjayakan program AI bersama Komuniti madani di bawah JAPEN MATU DAN JAPEN DARO. Dalam aktiviti ini, komuniti di ajar dalam menggunakan canva dengan bimbingan petugas.