ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI
Tarikh | : 01, 02, 15 & 17 Mac 2025 |
Lokasi | : BILIK LATIHAN |
Peserta | : Komuniti, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima.
Aktiviti
Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah di mana mereka taklimat berkaitan dengan maklumat palsu. Petugas turut memberitahu kesan negatif maklumat palsu kepada masyarakat. Kuiz kahoot turut diberi kepada peserta untuk menunjuk tahap kefahaman mereka berkaitan dengan taklimat yang telah diberi.
KELAS MAHIR MASAK & BAIKI GADGET
Tarikh | : 2,6,7,8,9,10,13,14,15,16,17,20,21,22 & 23 Mac 2025 |
Lokasi | : Bilik latihan |
Peserta | : Belia |
Tujuan
Program mahir ini diwujudkan bagi menggalakkan komuniti untuk berkunjung ke NADI dengan memberi 5 mahir yang boleh dipilih oleh komuniti mengikut minat masing-masing. Sebanyak 3 mahir daripada 5 mahir telah diambil oleh belia di NADI Kampung Tian iaitu mahir masak, mahir baiki gadget & mahir jahit. Setakat ini hanya ada kelas untuk mahir masak & mahir baiki gadget sahaja yang telah bermula pada disember tahun lepas.
Aktiviti
Program mahir pada minggu ini telah dijalankan dengan mahir masak dan mahir baiki gajet seperti biasa. Untuk minggu ketiga bagi mahir masak kelas digabungkan dan dijalankan selama 2 jam dan pelajar telah mempelajari cara membuat roti.
NADI x KOMUNITI MADANI
Tarikh | : 15 Mac 2025 |
Lokasi | : Surau Annajam Kampung Jemoreng |
Peserta | : Belia |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan kerjasama bersama NADI, Jabatan Penerangan Daerah Matu (JAPEN) dan Komuniti Madani Matu dan Kuala Matu yang bertujuan untuk mendedahkan berkaitan dengan “scam job”.
Aktiviti
Aktiviti pada bulan ini, petugas NADI Kampung Tian dan Kuala Matu menerangkan dan memberi pendedahan kepada komuniti Madani berkaitan dengan “scam job” yang kini semakin berleluasa. Taklimat ini diadakan untuk pemberitahuan kepada ibu bapa dan penjaga agar sentiasa berwaspada dan memantau aktiviti anak mereka agar tidak terpedaya dengan pekerjaan yang menawarkan tawaran kerja yang lumayan.