ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI
Tarikh | : 10, 13, & 17 Mei 2025 |
Lokasi | : BILIK LATIHAN |
Peserta | : Komuniti, Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima.
Aktiviti
Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah di mana mereka taklimat berkaitan dengan maklumat palsu. Petugas turut memberitahu kesan negatif maklumat palsu kepada masyarakat. Kuiz kahoot turut diberi kepada peserta untuk menunjuk tahap kefahaman mereka berkaitan dengan taklimat yang telah diberi.
KELAS MAHIR JAHIT & BAIKI GADGET
Tarikh | : 05, 09, 10, 16, 19, 23,26 & 30 Mei 2025 |
Lokasi | : Bilik latihan |
Peserta | : Belia |
Tujuan
Program mahir ini diwujudkan bagi menggalakkan komuniti untuk berkunjung ke NADI dengan memberi 5 mahir yang boleh dipilih oleh komuniti mengikut minat masing-masing. Sebanyak 3 mahir daripada 5 mahir telah diambil oleh belia di NADI Kampung Tian iaitu mahir masak, mahir baiki gadget & mahir jahit. Setakat ini hanya ada kelas untuk mahir masak & mahir baiki gadget sahaja yang telah bermula pada disember tahun lepas.
Aktiviti
Program mahir pada minggu ini telah dijalankan dengan mahir jahit dan mahir baiki gajet seperti biasa. Untuk minggu ketiga bagi mahir jahit kelas digabungkan dan dijalankan selama 2 jam dan pelajar telah mempelajari cara membuat apron dan baju kurung moden.
NADI x KOMUNITI MADANI
Tarikh | : 17 Mei 2025 |
Lokasi | : NADI Kampung Tian |
Peserta | : Komuniti Madani Tian, Jemoreng |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan kerjasama bersama NADI, Jabatan Penerangan Daerah Matu (JAPEN) dan Komuniti Madani Matu dan Kuala Matu kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan komuniti berkaitan dengan AI.
Aktiviti
Aktiviti pada bulan ini, petugas NADI Kampung Tian memberi pendedahan dalam penggunaan AI.