mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

AKTIVITI MEI 2026

KEUSAHAWANAN (Preneur, Empowher & kidventure)

Tarikh: 05, 10, 12, 17, 19, 24 & 25 Mei 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Belia & Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini bertujuan memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar dengan membina keyakinan diri, kreativiti serta kemahiran mengurus perniagaan sejak usia muda.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pendedahan asas keusahawanan melalui penerangan dan perkongsian idea perniagaan, diikuti dengan bengkel ringkas seperti perancangan produk dan strategi jualan.

E-SPORT

Tarikh: 02, 08 & 15 Mei 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program e-sukan bertujuan untuk membangunkan kemahiran berfikir strategik, kerjasama berpasukan serta meningkatkan disiplin dan fokus dalam kalangan pelajar. Selain itu, ia memberi pendedahan kepada peluang kerjaya dalam industri digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Aktiviti

Aktiviti melibatkan latihan komunikasi , pengurusan konflik , teamwork & peranan dalam pasukan e-sukan.

WEBINAR Dilea

Tarikh: 05, 07, 11 & 14 Mei 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program DiLEA bertujuan meningkatkan keberkesanan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran melalui pendekatan digital dan interaktif, serta menggalakkan pembelajaran kendiri dan kemahiran berfikir aras tinggi.

Aktiviti

Aktiviti merangkumi penggunaan bahan digital, pembelajaran berasaskan projek, kuiz interaktif, perbincangan kumpulan, pembentangan serta tugasan dalam talian mengikut subjek.

WEBINAR Cybersecurity

Tarikh: 07 & 21 Mei 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Belia & Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber serta membentuk sikap bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi. Ia juga membantu pelajar memahami ancaman digital dan cara melindungi data peribadi.

Aktiviti

Aktiviti termasuk bengkel untuk bulan ini adalah bagaimana akaun bank anda dicuri tanpa sedar dan ancaman siber di tempat awam.

WEBINAR Tinytechies

Tarikh: 16 Mei 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Pelajar Sekolah Rendah & Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini bertujuan memperkenalkan asas teknologi kepada kanak-kanak secara menyeronokkan, di samping memupuk minat terhadap STEM dan meningkatkan kemahiran berfikir kreatif serta logik.

Aktiviti

Aktiviti merangkumi pembelajaran asas pengaturcaraan melalui permainan, robotik mudah, penggunaan aplikasi pendidikan serta projek kreatif seperti animasi dan pembinaan model.

E-Kelas

Tarikh: 14 & 15 Mei 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Belia

Tujuan

Program eKelas bertujuan untuk membangunkan kemahiran keusahawanan digital dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran berstruktur. Ia memberi fokus kepada pemahaman strategi pemasaran digital, asas komunikasi visual serta penggunaan teknologi seperti AI bagi membantu pelajar mencipta kandungan yang kreatif, berkesan dan relevan dengan keperluan semasa.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pembelajaran modul seperti strategi pemasaran digital, asas visual komunikasi dan penggunaan AI untuk mencipta kandungan. Seterusnya, pelajar menjalankan latihan praktikal seperti menghasilkan bahan promosi digital, merancang kempen pemasaran dan membina kandungan menggunakan AI. Aktiviti diteruskan dengan projek individu atau berkumpulan, diikuti pembentangan hasil kerja serta sesi maklum balas bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar.

KIS (TAKLIMAT LAMAN WEB BERBAHAYA)

Tarikh: 08 Mei 2026
Lokasi: BILIK LATIHAN
Peserta: Belia

Tujuan

Kempen ini bertujuan mendidik pelajar tentang penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab, serta mengelakkan risiko seperti penipuan.

Aktiviti

Aktiviti termasuk ceramah kesedaran, tayangan video pendidikan, kuiz , simulasi situasi dalam talian serta perbincangan tentang etika penggunaan internet.