CYBERSECURITY, SAFE & SHILED & TINYTECHIES
| Tarikh | : 09, 14, 19 & 28 OGOS 2025 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima. Manakala dalam tinytechies pula bertujuan untuk menanam minat pelajar dalam bidang teknologi, pengaturcaraan dan inovasi melalui aktiviti interaktif dan praktikal.
Aktiviti
Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah dan rendah di mana mereka diberi taklimat berkaitan dengan laman web berbahaya dan cara untuk melindungi data peribadi. Webinar ini juga turut mendedahkan cara untuk mengetahui sama ada emel telah terdedah kepada scammer.
WEBINAR Dilea
| Tarikh | : 02 & 16 Ogos 2025 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam mata pelajaran teras melalui bimbingan tambahan.Hal ini juga bertujuan mengurangkan jurang pembelajaran khususnya bagi pelajar di kawasan luar bandar yang kurang akses kepada pusat tuisyen berbayar.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras, latihan ulang kaji, bimbingan kerja rumah, kuiz interaktif, perbincangan kumpulan kecil, serta sesi motivasi ringkas untuk meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar.
ESPORT (MLBB)
| Tarikh | : 10 Ogos 2025 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan membentuk semangat kerjasama, strategi dan komunikasi dalam kalangan peserta dan menggalakkan penggunaan teknologi secara positif serta mendidik tentang etika dan keselamatan siber. Ia juga dapat mengeratkan hubungan komuniti terutama belia dengan pihak pengurusan NADI melalui program berbentuk hiburan dan interaktif.
Aktiviti
Seramai 4 kumpulan menyertai pertandingan ini yang melibatkan seramai 24 orang pemain termasuk simpanan yang terlibat.Aktiviti ini dijalankan melalui penganjuran pertandingan e-sukan, sesi latihan permainan berpasukan, bengkel asas strategi, taklimat keselamatan siber.