ADVOKASI KDB, CYBER GROOMING, MAKLUMAT PALSU & AKTIVITI
|
Tarikh |
: 03,6, 11, 12. 19 & 27 September 2020 |
|
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
|
Peserta |
: Belia, Pelajar Sekolah Menengah & Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bagi memaklumkan kepada peserta agar tidak terjebak dalam jenayah cyber dan perlu sentiasa berjaga-jaga dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan agar tidak menyebar berita atau maklumat yang tidak sahih. Peserta didedahkan kepada laman web untuk menyemak sama ada berita tersebut sahih atau sebaliknya iaitu sebenarnya.my.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini peserta didedahkan kepada cara scammer membuat penipuan dalam menipu individu terutamanya kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa disarankan untuk sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam cyber grooming. Peserta juga turut didedahkan agar tidak menyebar maklumat palsu untuk kebaikan diri dan orang lain.
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
|
Tarikh |
: 20 September 2020 |
|
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
|
Peserta |
: Belia & Usahawan |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan sekitar matu untuk pengusaha makanan untuk mendapat sijil dan suntikan typoid.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan oleh syarikat pengendalian makanan sibu dengan kerjasama Pusat Internet Kg Tian. Aktiviti ini dijalankan dengan 2 sesi bagi mengikuti SOP yang telah ditetapkan.