CYBERSECURITY, SAFE & SHILED & TINYTECHIES
| Tarikh | : 18, 25, & 27 SEPTEMBER 2025 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada agar tidak terlalu mempercayai setiap maklumat yang diterima. Manakala dalam tinytechies pula bertujuan untuk menanam minat pelajar dalam bidang teknologi, pengaturcaraan dan inovasi melalui aktiviti interaktif dan praktikal.
Aktiviti
Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah dan rendah di mana mereka diberi taklimat berkaitan dengan laman web berbahaya dan cara untuk melindungi data peribadi. Webinar ini juga turut mendedahkan cara untuk mengetahui sama ada emel telah terdedah kepada scammer.
WEBINAR Dilea
| Tarikh | : 13 SEPTEMBER 2025 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam mata pelajaran teras melalui bimbingan tambahan.Hal ini juga bertujuan mengurangkan jurang pembelajaran khususnya bagi pelajar di kawasan luar bandar yang kurang akses kepada pusat tuisyen berbayar.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras, latihan ulang kaji, bimbingan kerja rumah, kuiz interaktif, perbincangan kumpulan kecil, serta sesi motivasi ringkas untuk meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar.
PROGRAM MERDERKA & HARI MALAYSIA @ NADI
| Tarikh | : 07 September 2025 |
| Lokasi | : BILIK LATIHAN |
| Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan komuniti.
Aktiviti
Seramai 37 pengunjung termasuk peserta telah meraikan program merdeka & hari Malaysia di NADI Kampung Tian. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini antaranya ialah mewarna kanak-kanak, wellbeing, menghias makanan (menu bebas) dan pertandingan mobile legends.