mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Amizan Bin Yusop

BELAJAR INTERNETDAN MENAIP

Nama

: Amizan Bin Yusop

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Amizan merupakan pelajar tingkatan satu yang bersekolah di SMK Matu dan berasal dari KG tian, Matu.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mengetahui kegunaan internet, amizan tidak mengetahui apa-apa mengenai dunia siber terutamanya facebook, whatsapp, wechat. google dan youtube. Amizan hanya belajar dirumah dengan menggunakan buku teks dan menonton televisyen selain bersantai bersama kawan-kaawan (bermain futsal).

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet sedikit sebanyak membuka minda Amizan dalam dunia siber. Keadaan ini menyebabkan amizan berminat untuk mengetahui lebih mendalam kegunaan segala aplikasi yang hanya pernah didengari sebelum ini sekaligus berminat untuk menjadi ahli PI. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PI membuatkan Amizan banyak mengetahui faedah-faedah aplikasi ini dan dapat mengetahui aplikasi yang bersesuaian dengan terlibatnya amizan dalam akiviti Klik Dengan Bijak (KDB). Selain itu juga, Amizan turut dapat menambah kawan selain dapat menambah ilmu pengetahuan. Baru-baru ini, melalui penglibatan Amizan dalam pertandingan dalam game Dashboard iaitu game “Durian Runtuh” telah membuatkan Amizan mendapat no.3 untuk seluruh PI Sarawak.