BAZAR RAMADHAN
Bazar ramadhan dibuka kepada penduduk kg tian sempena bulan ramadhan. Pelbagai juadah dibuka kepada penduduk bagi memudahkan penduduk membeli makanan untuk berbuka. Antara juadah yang dijual di bazar ramadhan adalah lauk-pauk dan kuih-muih. Dengan adanya bazar ramdhan ini, ia banyak memberi manfaat kepada penduduk kg tian dalam menjual makanan berbuka puasa kepada penduduk sekitar.
Malah ia juga turut dapat menambah pendapatan penjual sebelum tibanya musim perayaan. Keadaan ini juga banyak memberi kebaikan kepada penduduk untuk saling mengenali antara satu sama lain semasa berjual. Keadaan ini juga banyak memberi faedah kepada penjual dan pembeli untuk beramah sebelum tibanya waktu berbuka.
Pada tahun 2017, sambutan untuk bazar ramadhan mendapat sambutan yang ramai berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun ini, bukan setakat tempat berjual bertambah malah kebanyakan penduduk lebih mudah memilih juadah berbuka yang beraneka dan tidak perlu ke tempat yang jauh seperti bazar di daro yang mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke pekan daro.
GAMBAR
Antara kuih – muih yang dijual di bazar ramadhan kg tian.
Antara lauk pauk yang turut dijual di bazar ramadhan kg tian.
Salah satu bazar yang ada di bazar ramadhan kg tian.