mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Fakhrul Amirul Bin Abdul Razak

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama

: Fakhrul Amirul Bin Abdul Razak

Umur

: 14 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Fakhrul Amirul merupakan pelajar tingkatan 2 dan akan mengambil ujian PT3 pada masa akan datang. Fakhrul berasal daripada Kg Tian, Matu dan bersekolah di SMK Matu.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT, Fakhrul langsung tidak mengetahui apa itu emel, google, facebook, dan banyak lagi aplikasi lain. Fakhrul hanya mendengar dari rakan-rakan tapi tidak pernah melibatkan diri untuk mencuba aplikasi yang diberitahu. Sehinggalah PI1M dibuka dan kawan-kawanya selalu berusaha mengajak Fakhrul untu ke PI1M untuk belajar ICT di samping mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh PI1M.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

setelah petugas memberi petunjuk mengenai ICT, Fakhrul kini mempunyai emel sendiri dan sudah pandai menggunakan google sebagai inisiatif untuk mencari maklumat seperti nota-nota pelajaran dan banyak lagi. Fakhrul juga sudah pandai untuk mencari nota-nota ringkas di dalam internet untuk kegunaannya sewaktu belajar. Keadaan ini memudahkan Fakhrul menyiapkan kerja kursus  yang telah diberi.