BELAJAR INTERNET DAN MENAIP
Nama |
: Hanidah Binti Ibrahim |
Umur |
: 46 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Puan Hanidah merupakan ibu kepada dua orang anak dan juga merupakan seorang suri rumah tangga. Beliau salah seorang golongan ibu yang buta huruf dalam bidang ICT yang mendapat pembelajaran di PI Kg Tian.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Hanidah merupakan seorang suri rumah tangga yang tidak mengetahui cara menggunakan komputer dan tidak mengetahui cara untuk mencari maklumat dengan menggunakan komputer. Beliau juga tidak mengetahui apa-apa dengan dunia internet dan hanya mendengar cara penggunaan komputer dan orang lain.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibtan PI
Melalui kelas ICT yang telah dianjurkan di Pusat Internet Kg Tian telah banyak membuka minda Puan Hanidah betapa pentingnya pengetahuan dalam bidang ICT. Melalui pembelajaran ini, beliau boleh mencari maklumat car-cara membuat kueh dan biskut dengan hanya mencari di google. Pengetahuan yang diperolehi Puan Hanidah juga turut beliau ajar kepada anak-anak beliau walaupun hanya sedikit.