mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Ja’miah Binti Saderi

KEUSAHAWANAN KECIL – PERNIAGAAN PIPUS DAN CAFE

Nama

: Ja’miah Binti Saderi

Umur

: 48 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar Belakang

Puan Ja’miah atau nama samarannya “Kak Amek” telah giat dalam jualan pipus ini sejak tahun 2008 lagi. Ianya bermula dengan gerai kecil sahaja yang hanya menjual pipus pelbagai jenis ikan. Mulanya jualan yang paling laris pada mas itu ialah pipus ikan tongkol. Beliau merupakan orang pertama yang membuat pipus ikan tongkol pada masa itu. Gerai beliau menjadi tumpuan pengunjung kerana gerai beliau terletak di laluan utama menuju pengkalan feri ke semop. Resepi ini merupakan resepi turun temurun membuatkan pipus ini mempunyai kelainan rasa yang berebeza. JIka dilihat pipus@pais ini hampir sama dengan “otak-otak” di johor dan “suman” di kabong. Namun begitu, ramuan yang terkandung dalam pipus ini tidak hanyir. Gerai pipus beliau semakin berkembang dan beliau telah membuka sebuah gerai makanan dan minuman yang bernama “Amek Cafe” yang bersebelahan dengan gerai “Pipus Amek”.

 

Sebelum penglibatan ICT / Penggunaan PI1M

Sebelum penglibatan ICT pendapatan Kak Amek hanya bergantung dengan pelanggan sekitar sahaja. Keuntungan yang diperolehi hanya sekitar RM30.00 hingga RM50.00 sahaja.

 

Selepas penglibatan ICT / Penggunaan PI1M

Selepas mempelajari mengenai teknologi maklumat masa kini bersama petugas PI1M, beliau telah mempelajari kepentingan laman web sosial dalam pasaran sekarang. Setelah mengetahui kegunaan laman sosial masa kini seperti facebook, beliau berjaya membuat promosi mengenai pipus yang dijualnya dan juga “Amek Cafe”. Banyak yang dipelajari oleh beliau bersama petugas PI1M dimana beliau berjaya mempelajari kegunaan facebook, whatsapp dan wechat. Beliau berjaya mempromosi jualannya melalui aplikasi yang sedia ada dalam memajukan dan memperkenalkan pipus dan cafe yang dibangunnya.