mcmc
Kemudahan Asas

KEMUDAHAN ASAS

KEMUDAHAN AWAM YANG TERDAPAT DI TIAN

 

1.  PERPUSTAKAAN DESA

 

Perpustakaan desa kg tian pada mulanya terletak di dalam perkampungan kg tian. Atas dasar kesedaran kepentingan membaca dalam kalangan penduduk, perpustakaan baru telah dibina bersebelahan tadika kg tian. Secara automatik perpustakaan baru telah dipindahkan ke jalan besar bagi kemudahan penduduk kerada terletak di tengah-tengah perkampungan kg tian. Dengan wujudnya perpustakaan kg tian ini,ia telah memberi kemudahan kepada penduduk kg tian dalam meningkatkan budaya pembacaan terutamanya kepada golongan remaja.

 

2. GELANGGANG FUTSAL

 

Gelanggang futsal ini dibina bagi kemudahan penduduk kg tian di mana kerajaan telah menggalakkan budaya yang sihat terutama kepada golongan orang muda. Galakan ini telah memberi ruang kepada golongan muda untuk melakukan aktiviti yang lebih sihat dalam bersukan.

 

3. DEWAN SERBAGUNA KG TIAN

 

Dengan adanya dewan serbaguna ini, ia telah banyak memberi faedah kepada penduduk dalam menjalankan pelbagai aktiviti dalam mengukuhkan hubungan di antara pemimpin dan penduduk kg tian. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan adanya dewan serbaguna ini seperti aktiviti rasmi,ceramah dan aktiviti bersama penduduk kg tian (mesra bersama rakyat) yang dianjurkan oleh pemimpin kg tian.

 

4. MASJID KG TIAN

 

Masjid lama kg tian berada di dalam perkampungan kg tian dan kini telah menjadi surau di mana masjid baru telah dibina di tepi jalan besar di kg tian. Seiring dengan pertambahan bilangan penduduk dalam kg tian, kerajaan telah mewujudkan masjid baru ini. Dengan ini ia telah menjadikan tempat beribadah di kg tian semakin bertambah dengan adanya surau sebanyak 3 buah surau di dalam perkampungan kg tian. Sebuah surau ini terletak di tgh kg kebuaw dan kg padang, sebuah terletak di kg tinak dan sebuah lagi dimana masjid telah menjadi surau yang terletah di kg tengah kg tian. Masjid baru yang telah dibina di jalan besar ini menarik penduduk kg bukan setakat untuk penduduk kg tian malah terdapat juga penduduk terusan turut menggunakan masjid ini.