ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh |
: 05 & 18 Januari 2019 |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah & Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta betapa perlunya untuk menilai kebaikan dan keburukan dalam penggunaan internet pada masa kini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran agar sentiasa berjaga-jaga dalam berkongsi sesuatu maklumat agar tidak terlebih share tentang perihal diri dalam laman sosial.
Aktiviti
Seramai 30 orang peserta yang mneyertai aktiviti KDB ini telah didedah tentang bahaya dan risiko yang dihadapi oleh pengguna sekiranya terlebih share dalam laman sosial. Peserta juga diberitahu mengenai cara-cara scammer melakukan penipuan dan kemungkinan yang akan belaku sekiranya tidak bijak dalam penggunaan internet.
GAMBAR DISINI
DASHBOARD KOMUNITI & PROGRAM JOM SIHAT
Tarikh |
: 17 & 19 Januari 2019 |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
Peserta |
: Belia & Remaja |
Tujuan
Dalam aktiviti dashboard komuniti, peserta telah didedahkan dalam pengenalan myshop dan myplace. Dalam myshop, usahawan telah diajar cara untuk upload dan promosi barangan jualan mereka. Untuk program Jom Sihat pula, peserta diberi pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada komuniti erta kepentingan amalan gaya hisup sihat.
Aktiviti
Peserta (Usahawan tempatan) telah didedahkan mengenai dashboard sebagai salah satu platform untuk mereka memasar produk mereka. Dalam myshop peserta telah diajar cara untuk upload gambar dan cara-cara untuk memasar produk mereka supaya turut juga tersenarai dalam platform dashboard. Manakala untuk myplace pula, peserta diberi tunjuk ajar cara untuk menanda tempat-tempat seperti restoran, homestay, sekolah dan sebagainya. Keadaan ini dijadikan sebagai aktiviti sampingan kepada peserta untuk mengenali dashboard dengan lebih baik. Dalam program jom sihat pula, komuniti didedahkan amalan makanan yang sihat dismaping komuniti juga boleh mendapat ujian saringan kesihatan secara percuma. Di samping itu, peserta turut mendapat manfaat daripada ceramah percuma dari Doktor Klinik Kesihatan Kg Tian untuk pendedahan gaya hidup sihat.
GAMBAR DISINI