|
Tarikh |
: 15, 16 & 23 Julai 2017 |
|
Masa |
: 8.00 pagi – 5.00 petang |
|
Lokasi |
: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu |
|
Peserta |
: 75 orang |
Tujuan
Program Dashboard diadakan bertujuan untuk menambah bilangan ahli pi1m di samping dapat mengeratkan silaturrahim di antara ahli pi1m dan juga petugas. Melalui program ini juga ia bertujuan di mana dapat menyediakan satu platform untuk menjual barang atau produk terutama kepada peniaga. Seramai 75 Orang peserta telah didedahkan kepada aplikasi dashboard terutama dalam myshop (e-usahawan) secara tidak langsung. Manakala aktiviti KDB turut diadakan untuk ahli pi1m bagi mendedahkan kepada mereka kebaikan dan keburukan laman sosial kepada diri individu tersebut dan juga orang lain.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti dilakukan dimana petugas memberi penerangan sedikit sebanyak mengenai dashboard kepada komuniti selain menyuruh peserta untuk mendownload aplikasi dashboard di dlaam telefon bimbit masing-masing. Selain itu, peserta turut di periksa kesihatan seperti yang terdapat di dalam dashboard melalui myhealth dengan menggunakan peralatah yang telah disediakan di pi1m. Peserta turut didedahkan mengenai e-usahawan (myshop) erutamanya kepada peniaga/penjual barangan secara online. Penyampaian hadiah kepada pemenang dashboard turut diberi bagi menarik minat peserta untuk berkunjung ke pi1m. Melalui aktiviti KDB, peserta didedahkan serba sedikit kebaikan dan keburukan (penipuan internet) laman sosial pada masa kini dan telah mengadakan satu permainan word search kepada peserta setelah tayangan video pendek KDB dilaksanakan.
Foto aktiviti bagi Julai 2017