mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JUN 2017 – Kursus Microsoft Publisher

Tarikh

: 17 & 18 Jun 2017

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: 20 orang


Tujuan

Seramai 20 orang peserta mengikuti aktiviti PI dimana peserta diajar cara penggunaan microsoft publisher. Pendedahan penggunaan microsoft publisher dilakukan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara penggunaan setiap templates yang terdapat dalam microsoft tersebut. Selain itu, peserta turut diberitahu penggunaan microsoft word dimana ia juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membuat kad dan sebagainya.

 

Aktiviti

Melalui pendedahan microsoft publisher, petugas telah mengadakan satu pertandingan untuk membuat kad raya sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba. Pendedahan yang telah diberi ini membolehkan peserta mengetahui penggunaan microsoft publiser sebagai satu platform untuk mereka membuat kad atau template yang lain. Aktiviti yang dilakukan turut menjadikan peserta mengetahui sedikit sebanyak car untuk mengedit setiap kad yang telah mereka buat. Melalui penilaian, peserta didapati dapat menggunakan microsoft publisher ini dengan baik dan bijak malah peserta dapat menyiapkan kad raya yang kreatif dan cantik. Peserta turut diberi hadiah sebagai sumbangan kepada peserta dalam menyiapkan kad yang kreatif dan cantik.

 

Foto aktiviti bagi Jun 2017