mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN OGOS 2017 – Mencipta Bendera Sempena Hari Kemerdekaan

Tarikh

: 19 – 20 Ogos 2017

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet 1malaysia Kg Tian Matu

Peserta

: 30 orang

 

Tujuan

Sempena hari kemerdekaan ini, pi1m cuba untuk menanam semangat kecintaan kepada ahli dan juga pelajar. Semangat kemerdekaan ini cuba ditanam kepada pelajar supaya mereka mengahargai pengorbanan pejuang kemerdekaan. Dengan program KDB yang dianjurkan, peserta dapat mengetahui laman web yang bersesuaian dan dapat mengelak daripada melayari penipuan laman web.

 

Aktiviti

Taklimat teknik membuat bendera sempena hari kemerdekaan disamping download gambar yang berkaitan dengan kemerdekaan. Di samping itu, peserta turut diberitahu mengenai tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Melalui penerangan serba sedikit mengenai tokoh sejarah dan keadaan ini membolehkan peserta mengetahui tokoh-tokoh pejuang. Peserta juga turut diajar cara mengedit gambar tokoh dan bendera dengan kreatif sebelum pertandingan mencipta bendera kreatif dimulakan. setelah itu, penyampaian cenderahati kepada peserta diberi setelah penilaian pemenang bendera kreatif dilakukan. Pemasangan bendera bagi menyambut hari kemerdekaan dilakukan untuk sambutan hari kemerdekaan. Taklimat mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) dilakukan untuk membuat pendedahan mengenai kebaikan dan keburukan setiap laman web yang ada. Selepas KDB dilakukan, pertandingan “word search” dilakukan diantara peserta.

 

Foto aktiviti bagi Ogos 2017