mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN APRIL 2018 – Kursus Quickwin

Tarikh

: 11, 12 & 13 April 2018

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu

Peserta

: 15 orang

 

Tujuan

Kursus ini diadakan khusus untuk usahawan yang berada di sekitar Matu dan Daro. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada usahawan dalam melakukan jualan melalui online marketing. Kursus ini juga membolehkan peserta usahawan bijak dan boleh melakukan jualan secara langsung dan tidak langsung melalui jualan online. Keadaan ini adalah agar Usahawan mempunyai peluang untuk mereka mendedahkan barangan jualan didalam laman sosial terutamanya dalam facebook dan juga instagram. 

 

Aktiviti

Kursus Quickwin ini disertai seramai 15 orang peserta di mana peserta ini usahawan dari sekitar Matu dan Daro. Usahawan ini telah diberi penerangan mengenai cara-cara untuk menjual secara online dalam modul yang telah disediakan. Dalam aktiviti ini, usahawan bukan setakat diberi teori tetapi turut didedahkan secara praktikal cara untuk menjual barang secara online. Usahawan ini juga didedahkan cara untuk membuat page cover dengan menggunakan aplikasi. dalam aktiviti ini juga telah mendedahkan kepada usahawan cara untuk mereka mengedit dan membuat cover page berdasar dan bersesuaian dengan barang yang telah dijual oleh usahawan sendiri. Usahawan juga turut didedahkan cara membuat logo produk usahawan mereka sendiri agar dapat dikenali oleh pelanggan mereka berdasarkan logo yang telah dibuat.

 

Foto aktiviti bagi April 2018