mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN APRIL 2023

ADVOKASI KDB & AKTIVITI

Tarikh

: 02, 15 & 16 April 2023

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kg Tian

Peserta

: Komuniti & Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet. 

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi seperti typing test dan menyelesaikan aktiviti matematik secara online.

 

KELAS ASAS MICROSOFT WORD & MEMBUAT KAD RAYA

Tarikh

: 11 April 2023

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kg Tian

Peserta

: Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dalam penggunaan microsoft word.

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberitahu setiap asas penggunaan PC atau komputer. Peserta didedahkan setiap fungsi dalam microsoft word dan cara penggunaannya. Setelah peserta memahami setiap penggunaannya, peserta diberi latihan. Peserta juga ditunjuk ajar cara membuat kad raya dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri dalam mencipta kad raya.