KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & AKTIVITI
Tarikh |
: 07, 10, 17 & 22 Disember 2019 |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah & Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan untuk memberitahu kepada pelajar atau komuniti perlunya untuk mereka bijak dalam melayari internet. Seiring dengan majunya kemudahan internet, peserta didedahkan untuk mengelak diri daripada menjadi mangsa buli siber, siber grooming dan jenayah siber yang kini berleluasa pada masa kini. Aktiviti ini diadakan adalah supaya mereka sentiasa berjaga-jaga dalam melayari internet.
Aktiviti
Aktiviti yang dihadiri seramai 30 orang peserta ini telah didedahkan kepada jenayah siber, buli siber dan siber grooming. Peserta diberi taklimat mengenai KDB agar mereka tidak terdedah dengan perkara yang negatif. Tayangan video juga telah di tayangkan kepada peserta untuk menjadi tontonan mereka agar mereka tahu akibat yang berlaku sekiranya mereka tidak berhati-hati dalam melayari internet.