PROGRAM KEUSAHAWANAN ICT
Tarikh |
: 02, 03 & 04 Disember 2021 |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: Usahawan |
Tujuan
Perlaksanaan program ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan untuk berjual di dalam e-commerce. Usahawan diberi tunjuk ajar secara berterusan semasa program dijalankan sehingga mereka boleh membuat akaun perniagaan sendiri melalui tunjuk ajar daripada trainer.
Aktiviti
Seramai 27 orang peserta yang mengikuti program ini dimana peserta dibahagi kepada 10 orang sehari. Dalam program ini, trainer telah memberi tunjuk ajar sehingga peserta mempunyai akaun sendiri yang membolehkan mereka berjual secara online. Peserta di ajar untuk membuat google bisnes, facebook page, shoppe dan instagram. Melalui program ini peserta mempunyai akaun online bisnes sendiri seperti peserta telah mempunyai akaun google sendiri dan mempunyai fb page, akaun shoppe dan instagram sendiri.
ADVOKASI KDB & AKTIVITI
Tarikh |
: 09, 10, 17, 24 & 28 Disember 2021 |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: Belia, Pelajar Sekolah Menengah & Rendah |
Tujuan
Perlaksanaan aktiviti ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada komuniti dalam melayari internet. Aktiviti ini dijalankan untuk ibubapa dalam memantau kegiatan anak-anak mereka dalam menggunakan dan melayari laman sosial bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa cyber grooming atau buli siber.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan hanya menggunakan media massa yang ada melalui facebook dan whatsapp sahaja. Walaupun demikian ia sedikit sebanyak dapat disampai kepada komuniti setempat dalam memberi mereka kesedaran.